Program Solat Hajat Perdana dan Solat Sunat Dhuha SK Sungai Karang 2024 Pembuka tirai

 Alhamdulillah, kali ni kita mulakan sesi persekolahan dengan melakukan solat hajat perdana. Semua murid tahun 4,5 dan 6 serta semua guru terlibat. Sebagaimana hajat semua pentadbir, benda elok, semoga ia jadi budaya kat SKSK selepas ini dan seterusnya. 

Sehari sebelum, murid-murid dah diingatkan supaya bawa sejadah, telekung dan berwudhuk siap-siap dari rumah. Almaklumlah jumlah murid yang ramai, kalau nk suruh berwudhuk and nak tunggu giliran, memang makan masa. 

alhamdulillah jam 7.20 pagi murid dah bergerak ke tapak perhimpunan, guru-guru menyusun atur murid, asbab jumlah tikar agak terhad maka murid-murid hampar sejadah masing-masing atas batu tar je.Semua dapat berada dalam saf yang lurus. 

Terlebih dahulu ustazWan Azuadi menerangkan kaifiat solat sunat hajat. Penerangan ustaz terang, jelas dan teratur. nampaknya murid-murid boleh ulang semula bacaan lafaz dan niat solat hajat. kali ini kita bermohon agar Allah Taala memberi keselamatan dalam semua urusan harian kita, di beri kemudahan dalam semua perkara, kesihatan yang baik...mohon dan mintalah dari Allah apa-apa sahaja yang baik...itu pesan ustaz.  





Berikut cara solat sunat hajat 2 rakaat.




"Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala"

Rakaat Pertama

  1. Membaca Surah Al-Fatihah
  2. Membaca apa-apa surah atau ayat di dalam Al-Quran. Digalakkan membaca Surah Al-ka’firun atau Ayatul Kursi atau kedua-duanya sekali.
  3. Rukuk
  4. Iktidal
  5. Sujud
  6. Duduk antara dua sujud
  7. Sujud
  8. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

  1. Membaca Surah Al-Fatihah
  2. Membaca apa-apa surah atau ayat di dalam Al-Quran. Digalakkan membaca Surah Al-Ikhlas atau dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah atau kedua-duanya sekali.
  3. Rukuk
  4. Iktidal
  5. Sujud
  6. Duduk antara dua sujud
  7. Sujud
  8. Duduk tahiyat akhir
  9. Membaca bacaan ketika tahiyat akhir
  10. Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Usai berwirid, tadahlah tangan dan memohon keampunan Allah. Dan mohonlah hajat anda kepada Allah.

Selesai solat sunat hajat,murid-murid bangun sekali lagi untuk tunaikan solat sunat dhuha. Solat telah di imamkan oleh ustaz Wan Azuadi.Semoga SKSK sentiasa dilindungi Allah Taala, dan murid-muridnya mendapat lebih banyak kecemerlangan pada tahun ini dan seterusnya.aminnn ya mujib

Berikut suasana sepanjang program berlangsung.









Program bersurai pada jam 8.35 pagi, murid-murid masuk ke kelas dan teruskan pdp seperti biasa.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PROGRAM MUTIARA HATI BACAAN YASSIN MINGGUAN

PROGRAM RENJATAN CAQ TAHUN 1 SK SUNGAI KARANG.