PROGRAM RENJATAN CAQ TAHUN 1 SK SUNGAI KARANG.

 Sebut saja renjatan aku terus teringat kat babak-babak pesakit yang dah habis nafas, diberi bantuan renjatan agar jantung kembali berdenyut. Agaknya ustazah-ustazah yang bagi nama renjatan kat program ni mengklasifikasikan anak-anak ni perlu dibantu bersungguh-sungguh untuk pulihkan bacaan iqra' mereka. Program kali ni fokus kepada murid tahun satu pulak. Ini merupakan salah satu intervensi untuk tingkatkan lagi peratus murid yang baca iqra' empat meningkat. 

Walaupun sesi persekolah dah dipenghujung, cikgu-cikgu sentiasa sibuk, ustaz-ustazah tak jemu-jemu membantu, mengadap murid-murid nak pulihkan bacaan mereka. Yang iqra' enam tak lepas-lepas baca AlQuran, dibantu, murid yang iqra' tiga dibantu agar cepat-cepat baca iqra' empat, murid yang  baca alquran tapi tak khatam-khatam pun perlu dibantu jugak. Pendek kata semua main perlu dibantu, semua kena main peranan.

Syukran jugak kat pentadbir SK Sungai Karang yang sentiasa bagi sokongan. Ketua Panitia yang berwibawa, barisan GPI yang sentiasa memberikan kerjasama. Alhamdulillah setiap kali ada program renjatan semua bagi kerjasama. Memang terbaiklah.

Baiklah, aku sharelah sikit macamana kami laksanakan program ini, Penyelaras CAQ akan kenalpasti murid-murid yang berada di iqra' tiga. Data boleh dicapai melalui gpi kelas masing-masing atau melalui aplikasi E TASMIK yang di gunakan seluruh negeri Pahang. Selepas kenalpasti murid, murid-murid tersebut akan di agihkan kepada fasilitator iaitu gpi tahun satu, di bantu gpi tahap dua. kali aku dapat 6 orang mentee, so akan bantu mereka membaca secara intensif, baca dan baca, alhamdulillah kali ni budak-budak ni ok semua, hari pertama tiga orang dah berganjak ke iqra' empat. Hari kedua seorang lagi lepas iqra' empat...haaa baki dua lagi ni memang katagori icu. baris pun tunggang terbalik lagi...so itulah yang nak diberi renjatan.
















Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM MUTIARA HATI BACAAN YASSIN MINGGUAN