PROGRAM MUTIARA HATI BACAAN YASSIN MINGGUAN
Program Bacaan Yassin Mingguan dilaksanakan setiap hari jumaat bermula jam 7.20 hingga 7.40 pagi semua murid akan bersedia dan akan bermula bacaan yassin. Yassin akan dibacakan oleh khalifah junior yang dipilih. Murid-murid yang berada di dalam kelas akan membacabersama-sama khalifah junior, mereka mendengar melalui PA sistem yang dipasang di sekolah. Bacaan yassin ini juga disiarkan secara langsung di saluran Youtube sekolah dan Facebook page sekolah. Murid-murid sesi petang boleh sama-sama mengikuti dan membaca bersama-sama dengan menonton siaran langsung ini. Program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi murid-murid dengan AlQuran dan mendidik murid supaya biasa dengan bacaan yassin.
Program ini merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Karang.Khalifah junior merupakan murid-murid yang dipilih, kriteria utama ialah fasih sebutan dan makhraj, dapat membaca yassin dengan betul dan bertajwid.
Sama sama kita doakan moga murid-murid SK Sungai Karang Bijak AlQuran, dan mendampingi AlQuran. Terima kasih kepada semua petugas yang menjayakan program Mutiara hati ini.






Comments
Post a Comment