Posts

Perkongsian Ilmu "Kalam Ramadhan" dan Tadabbur Surah Al Mulk

Image
 Alhamdulillah, Ramadhan kali ini, unit LADAP SK Sungai Karang bekerjasama dengan Panitia Agama Islam telah berjaya melaksanakan program pemantapan ilmu bersama guru-guru, AKP dan pekerja sekolah. Program ini bertujuan untuk menambah ilmu sempena Ramadhan mubarak ini. semua gpi sesi pagi terlibat dalam program ini.  Berikut jadual perlaksanaan,  KALAM RAMADHAN 2024M/1445H   HARI                    : ISNIN, SELASA & KHAMIS MASA                    : 1.20 – 1.50 PTG TEMPAT                 : BILIK GERAKAN & SURAU SKSK PESERTA               : GURU, KAKITANGAN & PEKERJA PENYERTAAN         : MATA KREDIT LADAP JADUAL...

Program Solat Hajat Perdana dan Solat Sunat Dhuha SK Sungai Karang 2024 Pembuka tirai

Image
 Alhamdulillah, kali ni kita mulakan sesi persekolahan dengan melakukan solat hajat perdana. Semua murid tahun 4,5 dan 6 serta semua guru terlibat. Sebagaimana hajat semua pentadbir, benda elok, semoga ia jadi budaya kat SKSK selepas ini dan seterusnya.  Sehari sebelum, murid-murid dah diingatkan supaya bawa sejadah, telekung dan berwudhuk siap-siap dari rumah. Almaklumlah jumlah murid yang ramai, kalau nk suruh berwudhuk and nak tunggu giliran, memang makan masa.  alhamdulillah jam 7.20 pagi murid dah bergerak ke tapak perhimpunan, guru-guru menyusun atur murid, asbab jumlah tikar agak terhad maka murid-murid hampar sejadah masing-masing atas batu tar je.Semua dapat berada dalam saf yang lurus.  Terlebih dahulu ustazWan Azuadi menerangkan kaifiat solat sunat hajat. Penerangan ustaz terang, jelas dan teratur. nampaknya murid-murid boleh ulang semula bacaan lafaz dan niat solat hajat. kali ini kita bermohon agar Allah Taala memberi keselamatan dalam semua urusan haria...

CARA MENJAWAP TNA SPLKPM | ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN GURU DAN AKP DALAM SPLKPM | MODUL INDIVIDU

Image
  Semua guru dan Akp perlu menjawab TNA dalam SPLKPM MODUL INDIVIDU setiap tahun. Jadi video ini menerangkan langkah-langkah untuk menjawan TNA tersebut secara terperinci.Moga video ini bermanfat

PROGRAM RENJATAN CAQ TAHUN 1 SK SUNGAI KARANG.

Image
 Sebut saja renjatan aku terus teringat kat babak-babak pesakit yang dah habis nafas, diberi bantuan renjatan agar jantung kembali berdenyut. Agaknya ustazah-ustazah yang bagi nama renjatan kat program ni mengklasifikasikan anak-anak ni perlu dibantu bersungguh-sungguh untuk pulihkan bacaan iqra' mereka. Program kali ni fokus kepada murid tahun satu pulak. Ini merupakan salah satu intervensi untuk tingkatkan lagi peratus murid yang baca iqra' empat meningkat.  Walaupun sesi persekolah dah dipenghujung, cikgu-cikgu sentiasa sibuk, ustaz-ustazah tak jemu-jemu membantu, mengadap murid-murid nak pulihkan bacaan mereka. Yang iqra' enam tak lepas-lepas baca AlQuran, dibantu, murid yang iqra' tiga dibantu agar cepat-cepat baca iqra' empat, murid yang  baca alquran tapi tak khatam-khatam pun perlu dibantu jugak. Pendek kata semua main perlu dibantu, semua kena main peranan. Syukran jugak kat pentadbir SK Sungai Karang yang sentiasa bagi sokongan. Ketua Panitia yang berwibaw...

PROGRAM MUTIARA HATI BACAAN YASSIN MINGGUAN

Image
Program Bacaan Yassin Mingguan dilaksanakan setiap hari jumaat bermula jam 7.20 hingga 7.40 pagi semua murid akan bersedia dan akan bermula bacaan yassin. Yassin akan dibacakan oleh khalifah junior yang dipilih. Murid-murid yang berada di dalam kelas akan membacabersama-sama khalifah junior, mereka mendengar melalui PA sistem yang dipasang di sekolah. Bacaan yassin ini juga disiarkan  secara langsung di saluran Youtube sekolah dan Facebook page sekolah. Murid-murid sesi petang boleh sama-sama mengikuti dan membaca bersama-sama dengan menonton siaran langsung ini. Program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi murid-murid dengan AlQuran dan mendidik murid supaya biasa dengan bacaan yassin. Program ini merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Karang.Khalifah junior merupakan murid-murid yang dipilih, kriteria utama ialah fasih sebutan dan makhraj, dapat membaca yassin dengan betul dan bertajwid. Sama sama kita doakan moga murid-murid SK Sungai Karang Bijak AlQuran, dan mend...