Posts

Showing posts from January, 2023

CARA MENJAWAP TNA SPLKPM | ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN GURU DAN AKP DALAM SPLKPM | MODUL INDIVIDU

Image
  Semua guru dan Akp perlu menjawab TNA dalam SPLKPM MODUL INDIVIDU setiap tahun. Jadi video ini menerangkan langkah-langkah untuk menjawan TNA tersebut secara terperinci.Moga video ini bermanfat

PROGRAM RENJATAN CAQ TAHUN 1 SK SUNGAI KARANG.

Image
 Sebut saja renjatan aku terus teringat kat babak-babak pesakit yang dah habis nafas, diberi bantuan renjatan agar jantung kembali berdenyut. Agaknya ustazah-ustazah yang bagi nama renjatan kat program ni mengklasifikasikan anak-anak ni perlu dibantu bersungguh-sungguh untuk pulihkan bacaan iqra' mereka. Program kali ni fokus kepada murid tahun satu pulak. Ini merupakan salah satu intervensi untuk tingkatkan lagi peratus murid yang baca iqra' empat meningkat.  Walaupun sesi persekolah dah dipenghujung, cikgu-cikgu sentiasa sibuk, ustaz-ustazah tak jemu-jemu membantu, mengadap murid-murid nak pulihkan bacaan mereka. Yang iqra' enam tak lepas-lepas baca AlQuran, dibantu, murid yang iqra' tiga dibantu agar cepat-cepat baca iqra' empat, murid yang  baca alquran tapi tak khatam-khatam pun perlu dibantu jugak. Pendek kata semua main perlu dibantu, semua kena main peranan. Syukran jugak kat pentadbir SK Sungai Karang yang sentiasa bagi sokongan. Ketua Panitia yang berwibaw...

PROGRAM MUTIARA HATI BACAAN YASSIN MINGGUAN

Image
Program Bacaan Yassin Mingguan dilaksanakan setiap hari jumaat bermula jam 7.20 hingga 7.40 pagi semua murid akan bersedia dan akan bermula bacaan yassin. Yassin akan dibacakan oleh khalifah junior yang dipilih. Murid-murid yang berada di dalam kelas akan membacabersama-sama khalifah junior, mereka mendengar melalui PA sistem yang dipasang di sekolah. Bacaan yassin ini juga disiarkan  secara langsung di saluran Youtube sekolah dan Facebook page sekolah. Murid-murid sesi petang boleh sama-sama mengikuti dan membaca bersama-sama dengan menonton siaran langsung ini. Program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi murid-murid dengan AlQuran dan mendidik murid supaya biasa dengan bacaan yassin. Program ini merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Karang.Khalifah junior merupakan murid-murid yang dipilih, kriteria utama ialah fasih sebutan dan makhraj, dapat membaca yassin dengan betul dan bertajwid. Sama sama kita doakan moga murid-murid SK Sungai Karang Bijak AlQuran, dan mend...

KAKLONG HOMESTAY BALOK

Image
Kepada yang nak datang jalan-jalan ke Kuantan, sis ada beberapa pilihan homestay dengan harga berpatutan. 1. Kaklong Homestay Balok 2. Poksu Homestay Balok 3. Poksu Guesthouse Sungai Karang. Harga Rm220/malam, boleh hubungi sis untuk tempahan 0183662192, atau boleh book melalui agoda.

Cubaan untuk berblog, latih diri berkongsi, moga mendatangkan manfaat kepada orang lain dan jadi saham di kubur nanti..Allahumma aminn.

Image
Teruja tengok kawan kawan di Akademi Youtuber aktif berblog, mereka memulakan fasa aktif meneroka dunia blog. . pelan2 aku kayuh..semangat sentiasa ada, walaupun blog ni perkara baru bagi aku..aku nak tulis perkara-perkara santai je, sekadar berkongsi cerita dan info-info semasa....kena percaya diri, cabar diri sendiri jugak ni..doakan aku gengs.. Mula-mula ni buntu jugak nak fokus tentang apa, nak share apa ekk.. so aku decide cubaan pertama ni kita wat apa yang berlaku lately ni.. hihi tunggu ya..banyak jugak nak share about my school, my students dan program-program kat sekolah, suka, duka, kita susun pelan-pelan, bila dah hampir menjengah ke five series ni, macam macam aku pikir, antara yang menakutkan ialah jarak aku dengan kubur semakin dekat, semakin pendek, bekal tak berapa ada, doaku moga setiap amalan baik yang aku buat selama ni, di terima oleh Allah Taala, dan boleh membantu aku di sana nanti. Mati,kubur,seksa...semua tu menyebabkan aku tak lalu nk makan. Baiklah, hasil men...